Tuesday, March 8, 2011

Two Major Styles of Theater : Representational and presentational

representational

Dalam representational, teater pereka akan berusaha untuk mencipta visual yang kelihatan benar-benar “real”. Ini adalah salah satu daya tarikan untuk menarik minat penonton dan membantu lakonan aktor akan kelihatan lebih berkesan. Dalam tempoh masa teater itu dipentaskan, apa yang dilihat di atas pentas itu mesti menjadikan penonton percaya dengan apa yang dilihat mereka adalah nyata. menurut Dr. Larry A. Brown dari David Lipscomb University :

"Representationalism describes one approach to theater which attempts to represent everyday life on the stage. The director and designers work to create a convincing illusion of reality, filling the stage with period furnishings, working appliances, light fixtures, doors, windows, properties, down to the smallest details"





Di dalam representational juga, pereka set perlu berusaha untuk memastikan dan juga meyakinkan setiap penonton yang hadir bahawa pentas itu bukan sekadar pentas tetapi ia menunjukkan satu tempat atau ruang yang lain dan bukannya ruang asal tempat itu. Ini sama ada mengunakan set, pencahayaan atau prop sehinggakan ianya menjadi tempat yang lebih khusus dan nyata. Contohnya set dapur, ianya perlu sama dengan dapur yang ada dan lengkap. Selalunya representational selalunya dikaitkan dengan konsep realism. Tokoh yang menggunakan konsep ini adalah bapa realism iaitu Henrik Ibsen (1828-1906)


Presentational

Didalam presentational,penonton harus member sepenuh penumpuan tentang apa yang berlaku di atas pentas dan perlu mengikuti jalan cerita. Ini adalah kerana presentational tidak mengunakan set yang realistik. Mereka mungkin menggambarkan abstrak, seperti watak non-realistik dalam karya lama seperti Everyman atau good deed yang merupakan drama moral pada abad pertengahan(medival),komedi Greek kuno.

Set designer melakukan pendekatan yang lebih menarik dan lebih kepada unsur simbolik iaitu dengan menunjukkan lokasi dengan pemandangan atau perbuatan yang metafora misalnya, melambai-lambaikan kain biru untuk menunjukkan yang lokasi itu adalah laut. menurut Moises Kaufman(penulis dan pengarah teater serta pengarah bagi HBO film production bagi filem The Laramie Project)

"In presentational theatre these changes are done throughout a play to challenge the audience to remember that they are active participants in the production of a play. As "viewers" of the play they must use their imagination to assist the actors in creating the full scene. So, a doorway represents a house, a chair represents a living room"

Kadang-kadang pentas adalah kosong (empty space) dan hanya yang ada adalah actor yang sedang melakukan perbuatan berdasarkan imaginasi dan penonton yang menerima imaginasi itu. Tokoh yang mengunakan konsep ini adalah tokoh teater Jerman iaitu Bertolt Brecht (1898-1956)