Josef Svoboda
Josef Svoboda (10 Mei 1920 di Caslav - April 8, 2002 di Praha) adalah seorang seniman dan designer terbaik dari Czech. Svoboda lahir di Caslav, Cekoslovakia (sekarang Republik Czech).
Ia memulakan latihan sebagai seorang arkitek di the Central School of Housing di Praha. Pada akhir Perang Dunia II, dia tertarik pada bidang teater dan design. dia mula mempelajari bidang sinografi di the Prague Conservatory dan arkitektur di the Academy of Applied Arts.Svoboda menjadi designer utama di Czech National Theatre pada tahun 1948 dan memegang posisi itu selama lebih dari 30 tahun.
Svoboda juga bertanggung jawab untuk memperkenalkan teknologi moden dan bahan, seperti plastik, hidrolik dan laser ke dalam designnya. Pada tahun 1967 Svoboda mencipta salah satu yang paling dikenal kesan khas, sebuah tiang tiga-dimensi (3D) cahaya. Ini dibuat dengan menggunakan campuran aerosol dengan dedahan voltan rendah.
Josef Svoboda menganggap dirinya scenographer dan bukan seorang desainer, ia memilih untuk menunjukkan, lebih holistik arsitektur, pendekatan non-naturalistik untuk merancang. Dia telah membuat Lebih 700 karya seperti Insect Comedy (Czech National Theatre, 1946); Rusalka (Teatro La Fenice, Venice, 1958); Carmen (Metropolitan Opera, New York City, 1972); The Firebird (Royal Danish Theatre, Copenhagen, 1972); I Vespri Siliciani (Metropolitan Opera, 1974); Jumpers (Kennedy Center, 1974). Dia meninggalkan Czech National Theatre pada tahun 1992. Pada tahun 1993, dia diangkat menjadi pengarah artistik untuk Laterna Magika Theatre.
Svoboda menerima penghormatan dan penghargaan termasuk gelaran doktor kehormat dari Royal College of Arts di London, Denison University dan Western Michigan University di Amerika Syarikat serta penghargaan dari United States Institute for Theatre Technology (USITT)
Dia juga telah diberi pingat Chevalier dans l'Ordre des Arts et des Lettres di Paris pada 1976, dan menerima the French Legion of Honor pada tahun 1993.
Josef Svoboda mati di Praha pada tarikh 15 April 2002.
sumber dari wikipedia
Dolphe Appia
Dolphe Appia (lahir 1 September 1862 di Geneva, meninggal 29 Februari 1928 di Nyon), anak kepada pengasas Palang Merah, Louis Appia ini merupakan seorang arkitek Switzerland dan pakar pencahayaan panggung dan dekorasi.
Appia terkenal kerana banyak design nya yang cantik untuk Wagner Opera. Dia menolak penggunaan set lukisan dua dimensi dan menggunakan set sebenar tiga-dimensi kerana dia percaya set sebegini mampu untuk membentuk hubungan antara pelakon dan ruang lakonnya. Appia mencipta perspektif baru desain pemandangan dan pencahayaan panggung.
Di wagner opera, Appia telah membantu membentuk persepsi moden tentang hubungan antara ruang persembahan dan pencahayaan. Ini adalah kerana ketika itu kewujudan lampu elektrik baru saja berkembang mempengaruhi hasil kerjanya. Dia juga memperkenalkan tiga elemen sebagai keberkesanan mise en scene:
Dinamik dan pergerakkan tiga dimensi oleh actor sendiri
Tegak lurus pemandangan
Menggunakan kedalaman dan dinamik horizontal ruangan persembahan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWrzru57b062QdWLqV0yxBOJ3bGNcHZmmH_hWszhUHTQogqX4cM2FWxUL4cYEhW8zqavS2x6CZu4pY5nd5n3A1ZgHeLVSuRymodi6iUTwfyiUrjC4feSYOs3oy1U6uyvWQ6YjST7ScQAov/s400/appia.jpg)
Appia adalah salah satu sinografer yang memahami berpendapat bahawa potensi pencahayaan lebih daripada sekadar menerangi pelakon dan pemandangan. teori yang digunakan oleh Appia menjadi inspirasi kepada penggiat teater yang lain seperti Edward Gordon Craig, Jacques Copeau dan Wieland Wagner.
sumber daripada wikipedia